Home » Uncategorized » RM500 Ribu Untuk Pemain Negeri Sembilan

RM500 Ribu Untuk Pemain Negeri Sembilan

Habuan untuk juara..Semua pemain dan pegawai pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang muncul juara Piala Malaysia 2011 menerima insentif keseluruhan sebanyak RM500,000 daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS). Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pemberian insentif itu adalah memadai yang dapat disediakan oleh PBNS sebagai perangsang kepada semua pemain dan pegawai supaya sentiasa melakarkan kejayaan dalam arena bola sepak.

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia edisi ke-85 setelah mengalahkan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 29 Oktober lepas. Di samping itu, katanya, pasukan Negeri Sembilan juga akan dibawa ke Perth, Australia selepas perlawanan persahabatan dengan Kelantan pada 29 November ini. 

BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *