Home » Berita » Ritual Di KLIA | Raja Bomoh Bakal Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Ritual Di KLIA | Raja Bomoh Bakal Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Ritual Di KLIA | KLIA Ritual | Raja Bomoh – Menurut sumber beberapa laporan akhbar, Raja Bomoh yang menjadi bualan hangat masakini bakal menghadapi tindakan undang-undang jika siasatan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mendapati ritual yang di buat di KLIA menyalahi ajaran islam sebenar. ’Raja Bomoh’ yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan JAIS mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Antara ritual yang dilaporkan dan hangat diperkatakan di laman sosial oleh raja bomoh di KLIA adalah ritual ala-ala ’tikar terbang’ dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.
Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

sumber Utusan Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *