Breaking News
Home » Santai » Rewang Tu Apa Eh ?

Rewang Tu Apa Eh ?

Rewang tu apa eh. Mungkin dah ramai yang tahu maksud rewang tu apa. Rewang tu lebih kurang macam gotong royong beramai ramai. Sebab kat tempat aku Negeri Sembilan bila ada kenduri ada rewang tak kira kenduri besar ke, sederhana ke ataupun kecil semua jiran yang berhampiran akan datang membuat kerja seperti masak, siang daging, basuh ayam dan semua kerja yang berkaitan dengan kenduri itu lah. Selalunya 2 hari sebelum majlis kenduri pun dah mula dah kerja kerja rewang ni.

Maksud rewang

Oleh itu, kita boleh nampak kerjasama antara satu sama lain. Bila dah ramai ni kerja jadi ringan dan menyeronokkan. Macam macam gelagat dapat tengok. Masa ni lah gelak ketawa, usik mengusik antara satu sama lain akan dapat kita lihat. Boleh merapatkan silaturrahim macam tu.

Selalunya kawasan bandar susah dapat jumpa kot sebab selalunya bila kenduri main order pasang siap je..petang ni nak sambung lagi rewang..huhu..

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

8 comments

  1. kt ganung pon banyak gak rewang tapi kami panggil bekwoh. huhu best makan2

  2. ohh..wuahaha..adoii..aku terase macam bodoh habis..thanxx 😀

  3. huhu. betol2. kat tempat lisa skg still pkai rewang kalo ade majlis kenduri kawen ke,kat bndar takde sbb sume da pkat pkai catering je.heee

  4. jom rewang! huhu

  5. rewang..tu bukan bekwoh lah dik Freaky..Bekwoh tu..maknanya kenduri..sama lah kelantan pun panggil bekwoh jugak…tapi yg rewang tu..ialah ramai2 membantu utk memasak..membantu apa yg patut utk kelancaran kenduri..sekarang ni dah pakai catering dah…tak de rewang2 ni lagi…

  6. Alamak…bila ada peluang ni..sbox kiz pulak error..aduhhh…

  7. kat kelantan org panggil bek woh @ nama inggeris dia big work.

  8. Srikandi Cinta

    Kalau kat JohoR perkataan rewang ni digunakan secara meluas.. Xde lg dah dengar org kata nak gotong royong buat knduri

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *