Breaking News
Home » Santai » Rewang Sana Rewang Sini

Rewang Sana Rewang Sini

Dah hujung hujung cuti sekolah ni kehangatan majlis pasangan naik pelamin ada ni. Tempat aku ni je ada 3 majlis kenduri kahwin. Jadi hujung2 minggu ni memang agak sibuk laa ni. Tapi untuk acara rewang ni aku pilih yang berhampiran je laa. Yang jauh sikit tu datang untuk makan makan je.

Jadi masa ni lah dapat berkumpul dengan rakan rakan. Sembang panjang dengan berbagai topik yang panas2 hinggalah yang telah disejuk bekukan. Gelak ketawa memang tak boleh dinafikanlah. Tapi tabiat yang biasa aku tengok masa rewang ni ialah mengusik orang melatah. Syok woo usik orang melatah ni. Tapi berpada padalah..sebab melatah ni kekadang boleh mendatangkan bahaya gak. Mana taknya kalau si pelatah pegang parang..buatnya di libas..putus dua jawabnya.

Apa yang dapat di lihat di sini suasana rewang ini memang meriah. Ikatan silaturrahim juga semakin erat.Semoga tradisi ini akan terus dikekalkan. Sebab kat bandar rasanya dah semakin kurang rewang2 ni..

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

2 comments

  1. salam~

    lamanye tak tengok org rewang nih. sebab cuti nih x blik kampung. wuwuwu.

  2. daripada mmbazir duit tempah catering yang mahal dan tak seberapa tu..baik gotg royg sesame family dan jiran, masak dlm kawah..duit pun jimat, happening pun happening, adventure pun dpt, mcm2 dpt.. 🙂

    slmt pgntin baru kpd si pgntin itu ye..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *