Breaking News
Home » Santai » Rewang Bertunang Dan Berombak Rindu Lagi Di Port Dickson

Rewang Bertunang Dan Berombak Rindu Lagi Di Port Dickson

Blue Lagoon Port Dickson | Lokasi Perlancongan Negeri Sembilan. Assalammualaikum. Hari ini jumaatkan. Jadi faham-faham sudah kepada yang sepatutnya kena faham tu. Dalam kesempatan yang ada ini sesaja nak cerita kosong sikit. Yer lah kalau jari ni dah gatal sangat nak menekan keyboard,otak kena juga layan bikin cerita.
Nanti petang lepas Jumaat dah sibuk pula nak merewang. Sebab hari ini (malam) ada buat kenduri doa selamat untuk adik (lelaki) yang akan bertunang esok. Bukan aku eh yang nak bertunang.. aku dah lepas dah semua tu.
Jadi malam ini ada buat sikit majlis doa selamat untuk majlis pertunangan adik aku esok dan juga untuk adik aku yang terlibat dalam kemalangan awal tahun baru hari tu.
Semoga dengan ini perjalanan ke Port Dickson esok akan dipermudahkan. Sebut pasal Port Dickson seperti yang dirancang esok lepas selesai majlis pertunangan semua akan melepak kat Blue Lagoon / Tanjung Biru ( pilihan terakhir jika pantai lain yang kat PD tu sesak ).
Yeah..petang ni nak rewang.. rewang..!! .. insyallah esok dapat sekali lagi berombak rindu di Blue Lagoon Port Dickson.

Check Also

Perjalanan Yang Jauh Nun Ke Selatan

Cuti ..yeah..masa untuk rehat-rehat.Apa ada yang kerja ke? baguslah ada masyuk. tapi aku hari ini …

3 comments

  1. rewang jangan tak rewang.semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya..aish..tak abis dengan ombak rindu ye..selamat enjoy di PD bersama family.^_^

  2. bro…leh la jumpa ni..hehhehe selamat berombak rindu!!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *