Home » Pelancongan » Resort Dan Chalet Tepi Pantai Melaka

Resort Dan Chalet Tepi Pantai Melaka

Senarai Resort Dan Chalet Tepi Pantai Melaka. Melancong dalam negara pun sudah cukup seronok. Banyak sahaja destinasi yang menarik dan murah. Apa yang penting mampu memberikan kepuasan ketika bercuti terutama untuk yang telah berkeluarga.

Bercuti dipersisiran pantai memang menyeronokan bersama keluarga. Banyak kawasan pelancongan dikawasan pantai di Malaysia. Melaka salah satu destinasi yang perlu anda pergi. Bagi warga kota seperti Kuala Lumpur, Melaka adalah destinasi yang paling dekat untuk lari dari suasana kesibukan kota.

Banyak pantai yang menarik di Melaka. Sebut sahaja Pantai Tanjung Bidara, Pantai Padang Kemunting, Pantai Pengkalan Balak, Pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi pasti ramai yang pernah mendengarnya atau pergi. Bagi yang belum pernah sampai anda harus mencuba.

Bila bercuti perkara pertama yang difikirkan adalah penginapan. Jika ingin menikmati suasana pantai penginapan di resort atau chalet adalah pilihan yang tepat berbanding hotel. Banyak sahaja pilihan chalet dan hotel sepanjang pantai di Melaka dengan berbagai tawaran pakej dan harga yang berpatutan.

Dibawah adalah beberapa atau sebahagian chalet dan beach resort yang akan kami kongsikan. Mungkin banyak lagi tapi ini adalah sebahagian daripadanya.

Senarai Chalet Tepi Pantai Melaka
Umang-umang Chalet
Lokasi Chalet ini terletak di tepi Pantai Kuala Sungai Linggi Melaka dan bersempadan dengan Negeri Sembilan. Hanya 20 km dari pantai peranginan terkenal Teluk Kemang Port Dickson. Umang Umang Chalet menawarkan alternatif percutian yang cukup santai dan sesuai buat keluarga.

Umang-umang chalet Pantai Kuala Linggi Melaka
Pemandangan umang-umang Chalet dari pantai

Anda boleh merujuk lebih lanjut berkaitan chalet ini serta harga dan jenis bilik yang ditawarkan di Umang-Umang Chalet Melaka ini.

Desa Damai Chalet
Jika anda bertandang ke Pantai Pengkalan Balak dan ingin menikmati suasana pantai dengan chalet papan yang cantik pastikan anda ke Desa Damai. Untuk info lebih lanjut berkaitan Desa Damai Chalet anda boleh merujuk page facebook ini DESA DAMAI CHALET.

Desa Damai Chalet Melaka

Seraya Pantai Chalet
Satu lagi chalet yang boleh anda jadikan penginapan percutian anda adalah Seraya Pantai Chalet yang terletak di Pengkalan Balak. Antara kemudahan yang disediakan ialah parking,kawasan penginapan yang berpagar,BBQ pit, alat-alat mainan sukaneka dan dewan kursus. Anda boleh rujuk laman web ini untuk info lebih lanjut. SERAYA PANTAI CHALET.

Banyak lagi pilihan yang boleh anda buat jika mencari chalet di sepanjang tepi pantai Melaka. Antara yang lain adalah Rizalan Chalet & Cafe, KM Chalet, Masha Chalet, Mawar Chalet Bora-Bora Chalet, RnC Chalet dan banyak lagi. Guna sahaja perkhidmatan google, anda pasti akan jumpa berbagai maklumat.

Senarai Resort Tepi Pantai Melaka
Untuk resort pula anda boleh menginap di senarai yang dikongsikan dibawah.
D’Nelayan Beach Resort ( Sungai Tuang, Pengkalan Balak ), Kemunting Beach Resort ( Pantai Kemunting ), Ismah Beach Resort ( Pantai Kemunting ), Comel Beach Resort ( Pantai Pengkalan Balak ), Perahu Layar Beach Resort ( Pengkalan Balak ), Damar Suria Resort ( Masjid Tanah ), Samudera Bidara Resort ( Tanjung Bidara )

Banyak lagi resort yang menarik yang tidak kami senaraikan. Diatas hanyalah sebahagian sahaja.

Semoga dengan serba sedikit info berkaitan Resort Dan Chalet Tepi Pantai Melaka ini dapat membantu anda merancang percutian dan mendapatkan penginapan yang sesuai dengan bajet anda. Selamat bercuti.

Penafian
Artikel ini hanyalah sebagai infomasi yang dikutip dari beberapa sumber sebagai panduan asas kepada anda. Kami tidak terlibat secara langsung dengan urusan berkaitan chalet dan resort yang dinyatakan diatas. Segala urusan hendaklah dibuat menerusi pihak diatas.

Check Also

Melaka Bandaraya Bersejarah

Homestay Murah Melaka

Homestay Murah Melaka. Pasti ramai yang ingin mencari homestay murah sekitar negeri Melaka untuk percutian, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *