Breaking News
Home » Resepi » Resepi Sup Daging Sedap Punya

Resepi Sup Daging Sedap Punya

Resepi Sup Daging Sedap Punya. Apa yang menyelerakan agaknya untuk hidangan tengahari mahu pun makan malam?. Mungkin banyak pilihan resipi yang boleh dicuba mengikut selera masing-masing. Antara yang popular untuk hidangan makan tengahari adalah masak lemak cili api, bukan setakat di Negeri Sembilan sahaja tapi rasanya satu Malaysia telah pun mencuba. Tapi apa kata hari ini kita layan sup daging dengan nasi panas pula.

Resepi Sup Daging Sedap Punya
resepi sup daging

Resepi Sup Daging

Untuk membuat sup daging anda mesti ada daging, takkan ayam pulakan, lainlah kalau nak buat sup ayam. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya untuk mendapatkan sup daging yang sedap.

Sebelum buat sup apa kata anda tengok dulu cara atau petua lembutkan daging rujuk PETUA LEMBUTKAN DAGING agar bertambah sedap sup anda nanti.

BAHAN-BAHAN RESEPI SUP DAGING
1.5 kg daging batang pinang dipotong kecil yang telah dibasuh dan toskan
1 bungkus sup bunjut
3 biji kentang dipotong 4
1/2 biji karet dipotong ikut suka
daun sup bawang potong kecil
bawang goreng

BAHAN UNTUK MENUMIS
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci halia
3 batang akar pokok daun sup
2 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
2 sudu lada hitam biji yang telah tumbuk
garam & ajinamoto

CARA MEMASAK SUP DAGING
Mula-mula rebus daging bersama sup bunjut dalam periuk atau apa sahaja bekas yang boleh memasak dengan api perlahan.
Sementara itu tumbuk bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia
Siapa semua bahan panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Tumis hingga kekuningan.
Dah siap tumis, masukkan bahan tumis kedalam periuk daging yang siap direbus tadi.

masukkan bahan lain seperti kentang atau apa sahaja yang anda suka.
hidangkan sup dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup bawang dan bawang goreng.

Ok siap sudah lauk untuk hidangan keluarga anda untuk santapan tengahari atau malam. Selamat mencuba Resepi Sup Daging Sedap Punya.

sumber

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *