Breaking News
Home » Resepi » Resepi Puding Sumi

Resepi Puding Sumi

Resepi Puding Sumi. Puding pasti menjadi sajian yang membuka selera. Boleh juga dijadikan hidangan pencuci mulut. Sekarang pun tengah viral tentang aiskrim sumi, puding sumi juga lebih kurang juga cuma beza dia puding dan aiskrim. Kepada yang hendak mencuba membuat boleh rujuk resipi dibawah.

puding sumi
Puding Sumi siap untuk dihidangkan

Bahan-bahan yang diperlukan
– 1 Paket Agar2 Tali 37.5g
– 8 Cawan air
– 1 1/4 Cawan gula pasir
– 1 Tin Susu Cair
– 2 Paket Sumi

Cara membuat Puding Sumi
1- Masakkan agar-agar tali hingga betul-betul hancur.
2 – Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur dan sebati
3 – Masukkan seketul gula batu untuk elakkan agar-agar dari cepat berair.
4 – Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati
5 – Biarkan seketika dengan api yang kecil atau perlahan.
6 – Sementara itu susun sumi di didalam acuan.
7 – Masukkan agar-agar sedikit demi sedikit agar sumi stabil dan melekat
8 – Boleh curahkan agar-agar bila sumi dah melekat
9 – Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya..Sejukkan dalam peti ais.

Mudahkan untuk membuat hidangan puding sumi. Selamat mencuba.

resepi puding sumi
susun sumi dalam acuan sebelum tuang agar-agar

puding sumi

sumber

Check Also

Resepi Pavlova Cinta

Resepi Pavlova Cinta

Resepi Pavlova Cinta. Jika dilihat dari bentuk luar, paldova sememangnya boleh membuat orang terliur. Lihat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *