Breaking News
Home » Resepi » Resepi Pavlova Cinta

Resepi Pavlova Cinta

Resepi Pavlova Cinta. Jika dilihat dari bentuk luar, paldova sememangnya boleh membuat orang terliur. Lihat sahaja sudah selera, apa lagi jika memakannya. Ingin mencuba membuat pavlova yang sedap ? Anda boleh merujuk resepi yang dikongsikan dibawah.

Resepi Pavlova Cinta
Resepi Pavlova Cinta

Bahan-bahan Pavlova Cinta
3 biji Telur putih saiz A
1 cawan Gula kastor
1 sudu besar Esen vanila
1 sudu besar Cuka epal
1 sudu besar Tepung jagung

Cara-cara membuatnya:
1-     Pertama sekali, pukul telur putih bersama gula sehingga kental.
2-     Masukkan esen vanila dan pukul lagi selama seminit.
3-     Kemudian, masukkan cuka dan tepung jagung pula.
4-     Teruskan memukul sehingga 2 1 minit.
5-     Letakkan baking paper di atas loyang pembakar. Panaskan ketuhar 130 Celsius.
6-     Bentukkan adunan tadi di atas baking paper dan bakar selama 1 jam.

Bahan-bahan membuat krim vanila:
250 gm Krim whipping
1 sudu Esen vanila
Buah strawberi dan kiwi (hiasan)

Cara-cara membuat krim vanila:
1-      Pukul krim whipping sehingga kental.
2-      Masukkan esen vanila dan pukul sedikit hingga rata.
3-      Dibiarkan sejuk sebentar di dalam peti sejuk.
4-      Sediakan buah-buahan pilihan anda seperti strawberi dan kiwi.
5-      Dipotong cantik dan diletakkan pada pavlova

sumber resepi majalah dara

Check Also

resepi jeruk mangga asamboi

Resepi Jeruk Mangga Asamboi Satu Fenomena

Resepi Jeruk Mangga Asamboi Satu Fenomena. Benarkah resepi membuat jeruk mangga asamboi menjadi fenomena atau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *