Breaking News
Home » Resepi » Resepi Masak Lemak Cili Api

Resepi Masak Lemak Cili Api

Sebut masak lemak cili api pasti semua akan ingat Negeri Sembilan. Tapi rasanya negeri lain pun ada caranya dalam masak lemak ini. Lemak dan pedas itulah yang istimewa pasal masakan ini. Disini infosesama kongsikan Resepi Masak Lemak Cili Api. Kalau tidak pernah rasa boleh cuba cara masak dibawah. Best apa masakan tradisional melayu ni.

Resepi Masak Lemak Cili Api
Resepi Masak Lemak Cili Api

Memula nak masak mesti ada bahan yang hendak dimasak. Kalau tidak ada masak dalam mimpi je lah yer. Bagi yang baru kahwin tu kalau nak masuk untuk suami kat bawah ni adalah bahan untuk dua orang makan. Kalau nak lebih pepandailah tambah dan bajetkan bahan tu.

Resepi Masak Lemak Cili Api jom cuba, dah rasa pasti mahu lagi.

Bahan-bahan ( untuk dua orang makan )
santan kelapa dari kotak kecik.( Lagi bagus pakai santan original, jangan malas sangat )
bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
cili padi 12 biji (ditumbuk)
sekeping asam keping
sebatang serai (dititik)
setengah sudu kecik serbuk kunyit
ayam 6 ketul / ikan pun boleh..ikut selera masing-masing

Cara-cara masak masak lemak cili api ayam atau ikan
Mula-mula campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau kalau boleh jangan letak atas api lagi.
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam.
Kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul dan paling penting kacau dengan penuh kasih sayang agar aura air tangan tu sampai.
Kemudian letak periuk di atas api yang paling kecil dan kacau.
Kacau sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.
Kalau dah siap tu, tunggu apa lagi, jom makan dengan nasi panas-panas..

Semua resepi dari laman blog ini adalah dari perkongsian dari laman lain atau orang perseorangan seperti yang dinyatakan dari pautan sumber. Ayat diolah sedikit untuk kesesuaian siaran blog ini. Harap maklum. .

Check Also

Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah. Pengemar ayam pasti mempunyai pilihan sendiri dalam menyediakan hidangan mereka. Berbagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *