Home » Resepi » Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka. Seri muka antara kuih tradisional yang popular dikalangan masyarakat melayu. Kuih ini antara kegemaran admin sendiri. Jika dapat merasa pasti berseri-seri muka. Apa kata kali ini admin kongsikan resipi untuk tatapan pembaca semua.

Resepi Kuih Seri Muka
kuih seri muka

Kita memerlukan dua set bahan iaitu untuk lapis atas dan lapisan bawah. Sebab kuih seri muka ini mempunyai dua lapis.

Bahan lapisan bawah
– 400 gm atau 2 cawan pulut putih yang perlu direndam sekurang-kurangnya tiga jam
– 2 cawan santan cair. Jumlah santan ikut jumlah pulut yang digunakan.
– Garam secukup rasa

Bahan lapisan atas
– 2 cawan santan pekat
– Daun pandan
– 1 cawan tepung gandum
– 3/4 cawan gula
– 1 biji telur
– Sedikit garam dan sedikit pewarna hijau

Cara memasak lapis bawah
– Kukus pulut yang telah direndam selama 40 minit.
– Campurkan santan cair dan garam lalu gaul sehingga sebati.
– Kemudian di tuangkan ke dalam pulut kukus dan kacau sehingga sebati.Santan dengan pulut mesti sama parasnya.
– Kukus selama 30 minit.
– Setelah masak tekan pulut sehingga mampat.

Cara memasak lapis atas
– Blender semua bahan kemudian tapiskan.
– Tuangkan adunan ke atas pulut yang telah ditekan mampat.
– Kukus selama 40 minit namun pastikan setiap 10 minit dibuka untuk buang wap air.
– Bila sudah masak sejukkan dahulu kemudian hidangkan.

Selamat mencuba resepi kuih seri muka, sesuai untuk hidangan seisi keluarga ketika sarapan atau minum petang. Boleh juga cuba resepi karipap ini untuk hidangan petang anda.

Check Also

resepi agar-agar santan pandan

Resepi Agar-Agar Santan Pandan

Resepi Agar-Agar Santan Pandan. Siapa yang tidak mengemari agar-agar terutama sebagai pencuci mulut selepas mengambil …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *