Home » Resepi » Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai. Jika masih terfikir juadah apakah yang hendak dimasak untuk berbuka puasa atau untuk hidangan sekeluarga apa kata anda mencuba kerabu sotong. Mudah untuk dimasak dan apa yang penting sedap untuk santapan selera.

resepi kerabu sotong ala thai
resepi kerabu sotong

Bahan-bahan
Apakah bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat kerabu sotong ala thai?

6 ekor sotong
2 biji bawang besar di potong dadu
2 biji tomato di potong dadu
10 biji cili api dipotong


3 tangkai daun ketumbar
2 batang serai dipotong halus
1 atau 2 biji asam limau yang siap diperah air
1 sudu sos ikan jika perlu, tidak ada tidak mengapa
Gula, garam dan sedikit serbuk perisa

Cara membuat Kerabu Sotong
Rebus sotong yang telah siap disiang dan dibersihkan. Sudah rebu toskan sotong tadi.

Langkah seterusnya adalah dengan gaulkan sotong serta kesemua bahan-bahan yang telah dipotong dalam satu bekas.

Masukkan gula, garam, sedikit serbuk perisa dan perahan asam limau
Rasa masin , masam ikut citarasa anda.

sumber FB Resepi Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *