Breaking News
Home » Resepi » Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi Kek Coklat Kukus. Ramai yang meminati kek coklat kukus. Disini ada dikongsikan resepi serta cara untuk membuat kek coklat kukus yang sedap. Jika anda ikut langkah dan bahan yang telah disediakan, pasti tiada masalah untuk anda menyiapkan kek anda sendiri untuk hidangan keluarga.

resepi kek coklat kukus
resepi kek coklat kukus

Sebelum membuat kek, kena pastikan kita mempunyai bahan-bahan yang diperlukan. Dibawah adalah bahan-bahan yang digunakan dalam ukuran cawan.

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

Resepi kek coklat kukus bukan hakmilik mysensasi. Resepi adalah dari sumber yang dipautkan.

resepi kek coklat kukus
kek coklat kukus

Check Also

puding sumi

Resepi Puding Sumi

Resepi Puding Sumi. Puding pasti menjadi sajian yang membuka selera. Boleh juga dijadikan hidangan pencuci …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *