Home » Resepi » Resepi Karipap Ranggup Berbuka Puasa

Resepi Karipap Ranggup Berbuka Puasa

Resepi Karipap Ranggup Berbuka Puasa. Ramadan datang lagi namun jangan jadikan bulan puasa ini sebagai pesta makanan pula. Cukuplah berpada dalam menyediakan juadah berbuka, jangan sampai membazir. Sebut juadah berbuka puasa ini, pasti ramai yang ingin mencari resepi mudah. Antara yang menjadi pilihan adalah kuih muih.

Rasanya banyak jenis kuih yang mudah untuk dibuat dan boleh berjimat. Antara yang popular adalah karipap. Kuih yang boleh dianggap legenda ni, mudah saja didapati dibazar ramadan.

Resepi karipap ranggup untuk juadah berbuka puasa
Resepi karipap ranggup untuk juadah berbuka puasa – gambar hiasan

Mari kita lihat resepi cara mudah membuat karipap.. apa yang penting pastikan ranggup baru sedap dimakan.

BAHAN BAHAN INTI KARIPAP
5-7 biji kentang sederhana besar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segengam ikan bilis atau udang kering Boleh ganti daging kisar atau ayam
3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
3 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun sup jika rasa hendak letak, tak suka tak perlu
Minyak masak untuk menumis

Kentang hendaklah dipotong dadu begitu juga dengan bawang besarnya. Manakala bawang merah dan bawang putih dikisar.

Ok bahan dan ada jom kita ke dapur untuk memasak inti Karipap Kentang
– Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah
dipotong dadu dan yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
– Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,
masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
– Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih
dahulu. Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
– Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi
bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
– Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan
boleh di buat inti karipap.

Sudah siap inti karipap, masa untuk buat kulit karipap pula. Pastikan anda ada tepung gandum 🙂

Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli. Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum. Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas. Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.

Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi. Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.

Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti. Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.

Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air. Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi ranggup.

Siap sudah karipap ranggup resepi mudah untuk berbuka puasa.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *