Home » Resepi » Resepi Biskut Semperit

Resepi Biskut Semperit

Resepi Biskut Semperit. Hari raya zaman sekarang tanpa biskut memang tidak lengkap juadahnya. Antara biskut raya yang popular bila tiba aildilfitri adalah semperit. Mungkin ramai peminat biskut semperit ini. Jika anda ingin mencuba boleh sahaja mengikut resipi yang disediakan dibawah. Jika rasa tak mahu dan tidak ada masa boleh order sahaja.

resepi biskut semperit
resipi biskut semperit – hiasan

Macam biasa sebelum kita membuat biskut, apa kata kita tengok dulu apa bahan-bahan yang diperlukan.

250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis

Bahan sudah siap, kita mulakan misi membuat biskut semperit yang sedap

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Selagi tak kembang jangan berhenti pukul…haha
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. Buat biskut ni memang kerja kaki pukul je..
3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
5. Terapkan di atas dulang pemĀ­bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.

Ok dah siap sejukkan sebelum simpan dalam balang. Selamat mencuba.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *