Breaking News
Home » Resepi » Resepi Biskut Badam Sedap Ranggup

Resepi Biskut Badam Sedap Ranggup

Resepi Biskut Badam Sedap Ranggup. Hari raya aidilfitri kian menjelang, sudahkah anda memikirkan apakah biskut yang bakal menjadi hidangan tetamu dihari lebaran nanti. Kepada yang tiada masa dan mempunyai kemampuan pasti tiada masalah untuk membeli sahaja. Namun kepada yang mempunyai masa, lebih baik anda membuat sendiri biskut raya anda. Salah satu biskut raya yang popular adalah biskut badam.

Resepi Biskut Badam
Biskut Badam sempena Aidilfitri

Apa kata kita mencuba resepi dibawah.

Bahan-bahan resepi biskut badam
1 biji kuning telur
180 gm mentega
180 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung
113 gm gula aising
4 sudu besar badam kisar

Bahan Untuk Hiasan
Kuning telur
Hirisan badam

Boleh juga cuba : Resepi Biskut Semperit

Cara Menyediakan Dan Memasak
1. Bancuh mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh yang lembut.
3. Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

Siapa sudah biskut badam yang ranggup lagi menyelerakan untuk hidangan dihari raya nanti. Selamat mencuba resepi biskut badam yang dikongsikan ini.

sumber

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *