Breaking News
Home » Resepi » Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah. Pengemar ayam pasti mempunyai pilihan sendiri dalam menyediakan hidangan mereka. Berbagai masakan yang boleh dibuat berasaskan ayam ini. Antara masakan yang popular adalah ayam masak kicap, goreng berempah, ayam masak halia, goreng berempah dan banyak lagi jika disenaraikan tidak akan habis rasanya.

resepi ayam masak merah
Ayam Masak Merah – sumber gambar dari delimazamrud.my

Salah satu resepi yang agak sedap dan menarik adalah resepi ayam masak merah. Pasti ramai yang mengemari masakan ini terutama untuk lauk ketika makan tengahari. Masakan masak merah yang simple dan mudah untuk dibuat. Disini admin akan kongsikan satu resepi khas buat anda. Selamat mencuba.

Bahan bahan asas yang wajib ada
1 ekor ayam – lumur garam dan kunyit serta telah digoreng separuh masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato – belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa – saya tambah
Minyak utk menumis

Sediakan juga bahan bahan yang telah dikisar halus
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 – 20 tangkai cili kering

Bahan bahan hiris
3 biji bawang besar – lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia – hiris jadi 3 keping

Cara-cara memasak ayam masak merah sedap dan mudah
Mula-mula haruslah panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan iaitu bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata. Setelah rata, masukkan pula cili kering yang telah siap dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.

Langkah seterusnya masukkan ayam yang digoreng separuh masak. Dikacau rata dan biarkan seketika. Jangan guna ayam yang digoreng garing sebab akan liat. Langkah seterusnya, masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Untuk pekatkan kuah, masukkan santan mengikut selera anda.

Masukkan buah tomato dan garam. Boleh juga taburkan sedikit gula. Biarkan sebati dan betul-betul masak. Siap sudah ayam kita dan boleh dihidangkan untuk jamuan seisi keluarga dan tetamu.

sumber resepi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *