Home » Resepi » Resepi Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus. Ini antara apam paling best dikalangan keluarga apam. Betul cara buat dan sedap pula, memang tak boleh berhenti makan, tapi ingat tolong tinggalkan untuk orang lain juga tau. Adakah anda biasa makan apam gula hangus ini? Nak tahu cara buat apam ini? Jom skodeng resipi kat bawah.

Resepi apam gula hangus
Resepi apam gula hangus

Apa apa hal sebelum nak buat apa apa jenis masakan mesti ada bahan dulu. Apakah bahan yang perlu untuk buat Apam Gula Hangus.
5 biji telur
11/2 cawan tepung
1 st baking powder
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan majerin
11/2 cawan gula
1 cawan air

CARA MEMBUAT APAM GULA HANGUS
Mula-mula masak gula untuk buat gula hangus. Mesti ada ni kalau tidak manakan nama dia apam gula hanguskan. Bila gula dah hangus masukkan air biarkan gula larut bersama air. Siap sila letak tepi dulu.

Langkah seterusnya pukul telur hingga sebati macam nak buat telur dadar je. Kemudian pukul susu dan majerin lepas itu masukkan telur yg dh dipukul tadi,pukul hingga sebati. Siap je masukkan air gula hangus,kacau rata.

Masukkan tepung dan baking powder  sekaligus,pukul lagi hingga cukup hingga sebati.. kalau pakai mixer guna kelajuan paling rendah je.

Tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan majerin dan dilapik kertas minyak. Kemudian bakar dengan suhu 175 darjah selama 45 minit atau sehingga masak.. siap boleh hidang..dan kita makan..

Selamat mencuba resepi apam paling best didunia..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *