Breaking News
Home » Resepi » Resepi Almond London

Resepi Almond London

Resepi Almond London Untuk Hari Raya. Sempenan aidilfitri yang bakal tiba, pasti ramai yang sedang membuat persiapan. Antara yang menjadi tumpuan adalah penyedian hidangan dihari lebaran, antara yang pasti adalah berbagai jenis biskut yang menyelerakan.

Antara biskut raya yang popular dan menjadi tumpuan adalah Almond London. Kepada yang sibuk dan berkemampuan pastinya sudah pun membuat tempahan atau beli sahaja. Namun kepada yang ingin membuat sendiri disini kami kongsikan cara dan resepi untuk anda.

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah seperti dibawah.
250g butter
450g tepung gandum
2 senduk EMPLEX
140g gula icing
2 biji telor kuning
1 senduk esen vanila
150 biji badam yang telah di panggang dahulu 170 deg celcius- 15-20 minit

Cara Membuat Almond London
1. Ayak tepung gandum dan emplex
2. Pukul butter diikuti gula icing kemudian esen vanila. Buat sehingga lembut.
3. Masukkan kuning telur 1 per 1 dan pukul hingga sebati.
4. Masuk tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
5. Bulatkan doh kemudian letak badam. Bakar selama 25-30 minit dengan suhu 150 deg celcius
6. Siap boleh dah curahkan coklat atasnya

Resepi Almond London
Resepi Biskut Almond London

sumber facebook.com/bukuresepifans

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *