Breaking News
Home » Resepi » Resepi Air Nabeez

Resepi Air Nabeez

Resepi Air Nabeez. Pasti ramai yang ingin mengetahui apa itu air nabeez dan cara membuatnya. Apa yang paling penting air ini dibuat dari buah kurma yang mana iainya adalah satu makanan sunnah dan banyak khasiat buah kurma untuk tubuh badan. Antara makanan pilihan terutama semasa ramadhan.

resepi Air Nabeez
Air Nabeez

Cara Membuat Air Nabeez
Langkah pertama yang perlu anda buat adalah dengan menyediakan 3 biji buah kurma. Hanya perlu bahagian is sahaja, biji sila buang jauh-jauh. Langkah kedua adalah dengan carik-carik isi kurma itu.

Siap langkah diatas , seterusnya rendam isi kurma dalam air masak biasa dan biarkan semalaman. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tapi jangan lupa tutup bekas air itu jangan biarkan terbuka nanti banyak pula makhluk lain yang datang minum sama.

Jika bulan puasa boleh diminum semasa sahur. Dengan cara ini dapat membantu mengatasi masalah lapar disiang hari dan memberi tenaga yang sepatutnya.

Bukan sahaja dibulan ramadan amalkan pada hari biasa, untuk hidup yang lebih sihat. Selamat mencuba.

sumber gambar google

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *