Home » Resepi » Resepi Air Kelapa Lemon

Resepi Air Kelapa Lemon

Resepi Air Kelapa Lemon. Air kelapa muda mempunyai berbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Boleh diminum begitu sahaja atau tambah ais untuk minuman sejuk. Sesuai sangat untuk hidangan musim panas. Selesa tekak bila dapat seteguk air kelapa muda ni.

resepi air kelapa lemon
air kelapa lemon sesuai untuk minuman terutama ketika musim panas

Tapi bagi yang kreatif boleh saja membuat perisa dengan resepi dan citarasa masing-masing. Salah satunya dengan tambah lemon. Kalau nak tambah jus lain pun ikut sukalah, tapi pastikan sesuai jangan nanti tak tertelan pula.

Resepi Air Kelapa Lemon
Bahan-bahan resepi 
1 biji kelapa muda – diambil air dan isinya

1 biji lemon – diperah ambil jusnya

gula – ikut kemanisan masing-masing

Kiub ais kalau nak sejuk.

Cara nak buat paling mudah. Buat air je kan, campur sahaja semua bahan diatas kacau rasa dan habiskan. Selamat mencuba.

Boleh juga kalau nak buat perisa pandan , laici dan lain-lain. Tambah ais cream pun boleh ikut selera masing-masing.

sumber 

Check Also

resepi air katira

Resepi Air Katira Minuman Popular Ramadhan

Resepi Air Katira Minuman Popular Ramadhan. Memang tidak dinafikan air katira adalah antara air yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *