Breaking News
Home » Resepi » Resepi Air Katira Minuman Popular Ramadhan

Resepi Air Katira Minuman Popular Ramadhan

Resepi Air Katira Minuman Popular Ramadhan. Memang tidak dinafikan air katira adalah antara air yang popular dan menjadi pilihan ramai orang ketika berbuka puasa. Dengan rasa yang sedap dan mempunyai berbagai bahan didalamnya, air ini pasti menjadi hidangan pembuka selera anda ketika berbuka puasa atau dihari-hari biasa.

Jika anda biasa membeli sahaja di bazar ramadan, apa kata kali ini anda membuatnya sendiri. Mana tahu air kathira anda lagi sedap dari yang anda beli.. jom skodeng, selamat mencuba resipi yang tidak seberapa.

resepi air katira
Resipi Air Katira mudah dan Sedap

Resepi Air Katira

Jom kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara mudah membuat air katira yang sedap.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT AIR KATIRA
410 gm susu cair
500 ml ais krim soda
Getah anggur (katira)
Sagu 3 warna
cendol
cincau
potong Gajus, Badam atau kacang tanah goreng
buang kulit sedikit asam boi
hirisan kurma cina
buah semangkuk
Barli, buah kundur atau buah kabung
kismis
biji selasih
secukupnya
Bahan sirap hijau untuk pewarna ikut sukalah
Gula batu atau gula pasir

Boleh Cuba Juga : Air Nabeez Ketika Berbuka Dan Bersahur

CARA MEMBUAT AIR KATIRA
Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan. Bancuhkan sirap hijau dan susu cair kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.

Mungkin banyak versi dan resepi air katira, anda boleh sahaja mencari perkongsian lain yang memang banyak didunia maya ini.

sumber

Check Also

resepi air detox

Khasiat Dan Resepi Cara Buat Air Detox

Khasiat Dan Resepi Cara Buat Air Detox Infused Water. Banyak betul resepi yang akan keluar …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *