Breaking News
Home » Resepi » Resepi Agar-Agar Batik

Resepi Agar-Agar Batik

Resepi Agar-Agar Batik. Macam-macam jenis agar-agar yang ada sekarang. Kebanyakan namanya berdasarkan bahan atau warna fizikal dia. Salah satu adalah agar-agar batik. Mungkin sebab warna dia berbagai dah serupa kain batik, kalau rupa dia macam kain pelikat, kena panggil lain pula.

Agar-agar memang sesuai untuk dijadikan hidangan pencuci mulut selepas melayan santapan makanan berat, tak kira ketika majlis keramaian atau ketika jamuan kecil-kecilan. Memang antara pencuci mulut popular. Apa lagi ketika bulan ramadhan.

Nak mencuba membuat agar-agar batik sendiri? jom skodeng resipi dan cara membuatnya seperti yang dikongsikan dibawah.

BAHAN-BAHAN AGAR-AGAR BATIK
Ada dua bahagian kalau nak buat ni, baru nanti warna dan bentuk dia berbatik-batik..hehe satu bahagian utama dan satu lagi untuk inti.
Bahan Utama
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 750ml air
  • 100ml susu pekat
 Bahan Untuk Inti
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 500ml air
  • 100gm gula pasir
  • 250ml santan
  • Sedikit pewarna ungu, hijau dan merah atau apa saja warna yang suka.
CARA MEMASAK
1. Satukan agar-agar bersama air dan gula pasir kemudian biarkan hingga mendidih dan hancur.
2. Setelah semua hancur, masukkan santan dan kacau seketika.
3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan ungu, hijau dan merah. Biarkan keras.
4. Apabila mengeras, potong menjadi dadu kecil dan masukkan ke dalam bekas.
5. Masak kesemua bahan utama hingga hancur.
6. Tuangkan ke dalam bekas berisi agar-agar dadu. Biarkan mengeras.
Mudah sahaja kalau anda hendak membuat agar-agar batik ini. Selamat mencuba dan makan sepuasnya.
resepi agar-agar batik
resepi agar-agar batik

Gambar kredit to lovelyberryintheblog.blogspot.com

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *