Breaking News
Home » Berita » Rempuhan Di Mina Jemaah Haji Malaysia Selamat

Rempuhan Di Mina Jemaah Haji Malaysia Selamat

Rempuhan Di Mina Jemaah Haji Malaysia Selamat. Kerajaan Malaysia mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam kejadian rempuhan di Mina hari ini. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki jemaah Malaysia tidak melalui lokasi kejadian iaitu laluan jemaah haji Arab. Jemaah Malaysia berkongsi laluan dengan jemaah dari Asia Tenggara dan Turki.

Pengesahan ini dibuat selepas hasil semakan Tabung Haji (TH) terhadap tujuh maktab penginapan yang menempatkan jemaah haji muassasah serta 16 syarikat pengelola jemaah swasta, termasuk anak syarikat TH, TH Travel mendapati tiada jemaah Malaysia yang terbabit dalam tragedi rempuhan itu.

Sementara itu, sehingga artikel ini disiarkan berdasarkan beberapa laporan jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina meningkat kepada 717 orang dan 805 cedera. Perkhidmatan Pertahanan Awam Saudi berkata, operasi menyelamat masih dijalankan. Ketika kejadian ratusan ribu jemaah sedang mengerjakan ibadat melontar jamrah sebagai acara utama haji. Kemungkinan angka kematian bakal meningkat kerana usaha menyelamat masih berjalan.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un

Rempuhan di Mina
Rempuhan di Mina

sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *