Breaking News
Home » Info Sukan » Real Madrid vs Barcelona El Clasico

Real Madrid vs Barcelona El Clasico

Keputusan Result Real Madrid vs Barcelona El Clasico 25 Oktober 2014. Real Madrid berjaya merapatkan jurang mata apabila menewaskan pendahulu La Liga Barcelona 3-1 di Stadium Bernabeu , Madrid. Perlawanan ini turut menjadi tumpuan peminat bolasepak dunia kerana pertembungan el clasico ini adalah perlawanan dua pasukan gergasi Liga BBVA Spain dan juga eropah.
Real Madrid yang bermain dihadapan penonton sendiri dikejutkan gol seawal minit ke empat hasil jaringan penyerang Barcelona , Neymar. Namun Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk kedudukan kembali terikat 1-1.
Masuk separuh masa kedua , Real Madrid terus didepan apabila Pepe menjaringkan gol kedua tuan rumah sebelum Benzema meledak pada minit 61 untuk kemenangan bergaya Real Madrid mengatasi Barcelona dalam pertembungan el clasico.

Real Madrid kini cuma satu mata ketinggalan dari Barcelona yang mendahului carta La Liga. Lebih info carta liga terkini boleh rujuk di Carta La Liga BBVA Spain

El Clasico Real Madrid vs Barcelona

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *