Breaking News
Home » Info Sukan » Real Madrid vs Atletico Madrid Uefa Champions League Preview

Real Madrid vs Atletico Madrid Uefa Champions League Preview

Real Madrid vs Atletico Madrid Uefa Champions League Final Preview | Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah Real Madrid vs Atletico Madrid 24 Mei 2014 – Saingan Liga Juara Juara Eropah Champions League sampai kepada kemuncaknya dengan dua pasukan dari La Liga Sepanyol akan bertemu di Lisbon dalam perlawanan akhir Champions League Liga Juara Juara Eropah.
Buat pertama kalinya dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah Champions League dua pasukan dari bandar yang sama akan bersaingan merebut kejuaraan di peringkat Eropah. Real Madrid telah pun memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah sebanyak sembilan kali dalam sejarah kelab mereka dan merea kini memburu kejuaraan yang ke sepuluh. Manakala Atletico Madrid mancari kejuaraan pertama mereka dalam saingan Liga Juara-Juara. bagi musim ini dalam saingan Liga Juara-Juara Champions League , Atletico Madrid adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas dalam laluan mereka ke perlawanan akhir dengan sembilan menang dan tiga kali seri.
Setelah memenangi La Liga musim ini , Atletico Madrid pasti ghairah untuk memburu Piala Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali setelah cubaan pertama mereka pada tahun 1974 gagal apabila tewas kepada Bayern Munich dalam perlawanan akhir. Real Madrid yang mempunyai rekod cemerlang dalam saingan Champions League juga menanti untuk kejuaraan ke sepuluh di mana kali terakhir mereka menangi pada tahun 2002.
Kemenangan pada hari ini juga bakal mencatatkan sejarah tersendiri buat pengurus Real Madrid Ancelotti kerana sebelum ini beliau telah pun dua kali memenangi Piala Liga Juara-Juara sebagai pemain. 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *