Breaking News
Home » Info Sukan » Real Madrid Semakin Menjadi Dalam La Liga BBVA

Real Madrid Semakin Menjadi Dalam La Liga BBVA

Bintang Real Madrid semakin menjadi dalam saingan La Liga apabila membenam Rayo Vallecano 5-1 dalam aksi pertemuan kedua-dua pasukan. Gareth Bale , Sergio Ramos , Toni Kroos , Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo menjaring gol dalam perlawanan itu. 
Dalam perlawanan itu , Gareth Bale hanya mengambil masa sembilan minit untuk menjaringkan gol selepas pulih dari kecederaan sebelum Sergio Ramos menggandakan jaringan untuk Real Madrid.
Toni Kroos membantu pasukan mendapatkan kelebihan dua gol semula dengan gol pertama untuk Real Madrid musim ini. Karim Benzema menambah gol keempat sebelum Cristiano Ronaldo merakamkan gol ke 23 musim ini untuk gol kelima Real Madrid.
Keputusan penuh menyaksikan Real menang 5-1 dan terus kekal sebagai pendahulu Liga BBVA La Liga.
Cristiano Ronaldo

Check Also

Biodata Intan Najuwa

Biodata Intan Najuwa Drama Kekasih Paksa Rela

Biodata Intan Najuwa Drama Kekasih Paksa Rela. Akhir-akhir ini nama Intan Najuwa mula disebut peminat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *