Breaking News
Home » Info Sukan » Real Madrid Juara Piala Super Sepanyol

Real Madrid Juara Piala Super Sepanyol

Real Madrid Juara Piala Super Sepanyol | Keputusan Piala Super Sepanyol 2012 Real Madrid vs Barcelona  – Real Madrid menewaskan Barcelona untuk memenangi Piala Super Sepanyol. Dua gol menerusi Gonzalo Higuain dan Cristiano Ronaldo pada separuh masa pertama membolehkan Real Madrid tewaskan Barcelona 2-1 bagi merebut trofi Piala Super Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi. 


Selepas permainan pertama di Camp Nou Khamis lalu berakhir dengan kemenangan Barca 3-2, Real Madrid merebut kejuaraan itu menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas agregat terikat 4-4. Permainan rancak pada separuh masa pertama apabila Lionel Messi menyumbat masuk gol pada minit ke-44 selepas Adriano dilayangkan kad merah kerana mengkasari Ronaldo. Kejayaan itu juga memberi impak baru kepada Madrid yang kini jatuh lima mata di belakang Barca dalam saingan pendahulu La Liga Sepanyol.  


Check Also

Piala Super Sepanyol Milik Atletico Madrid

Keputusan Piala Super Sepanyol Atletico Madrid vs Real Madrid , Piala Super Spanyol – Atletico Madrid …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *