Breaking News
Home » Info Sukan » Ranking FIFA Februari 2015

Ranking FIFA Februari 2015

Ranking FIFA Februari 2015. Persekutuan Bola sepak Antarabangsa ( FIFA ) telah pun mengeluarkan senarai ranking terkini yang dikemaskini pada 12 Februari 2015. Dalam senarai terbaru ini menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan beberapa negara dari Afrika dan Asia. Kedudukan ini banyak dipengaruhi oleh kejohanan Piala Negara-Negara Afrika dan Piala Asia yang baru sahaja selesai.

Juara Piala Negara-Negara Afrika , Ivory Coast naik enam anak tangga untuk berada dalam kelompok 20 teratas dunia manakala naib juara kejohanan itu m Ghana berada di tangga ke 25 ranking dunia. Juara Piala Asia 2015 Australia naik 37 anak tangga kepada posisi ke 63 dunia.

Namun kedudukan senarai 7 pasukan terbaik dunia kekal dengan Jerman terus berada pada ranking nombor 1. Dibawah adalah kedudukan terkini 10 pasukan terbaik dalam senarai ranking dunia terkini yang dikeluarkan FIFA. Kemaskini selepas ini akan dibuat pada 12 Mac 2015.

FIFA-Coca-Cola World Ranking
FIFA-Coca-Cola World Ranking

Ranking FIFA pasukan Malaysia pula kekal ditangga ke 154 tanpa sebarang perubahan.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *