Breaking News
Home » Uncategorized » Ranking Dunia Tiger Wood Menjunam

Ranking Dunia Tiger Wood Menjunam

Kedudukan ranking Tiger Woods semakin menjunam dan dijangka terkeluar dari ranking 50 terbaik dunia.Ini adalah kedudukan terburuk Tiger Wood sejak 15 tahun lalu.Tiger Wood tidak memenangi sebarang kejuaraan sejak mencatat kemenangan terakhirnya pada Australia Masters 2009 dan berterusan mengalami kejatuhan mata ranking kerana bergelut dengan masalah di atas lapangan dan peribadi.

Sejak kehidupan peribadi dengan perkahwinan yang musnah mengganggu hidup pemain berusia 35 tahun itu pada hujung 2009, Woods masih sukar mengembalikan kehebatan sebagai pemain paling dihormati dan digeruni.
Sudah tiga tahun berlalu sejak Woods merangkul kejuaraan utama ke-14, dan sejak itu dia gagal memberi cabaran pada kejohanan Jelajah PGA, malah gagal melepasi kelayakan Kejohanan PGA, Ogos lalu.
Bagaimanapun Woods akan kembali ke Amerika Syarikat minggu depan untuk beraksi pada Terbuka Frys.com di Kelab Golf CordeValle, San Martin, California, penampilan pertamanya dalam Jelajah PGA Musim Luruh.

-Reuters-


Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *