Home » Uncategorized » Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 Lulus

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 Lulus

Akhirnya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas enam pindaan dilakukan dan dibahaskan.Rang Undang-undang itu dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Nov lepas. Bacaan kali pertama pada 22 Nov oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Rang Undang-undang itu diluluskan dengan enam pindaan telah dilakukan yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Pindaan itu meliputi:

-Pengguguran perkataan ‘perasaan tidak puas hati’ pada Fasal 6, Fasal 7 dan Fasal 21.
Tempoh pemberitahuan perhimpunan oleh penganjur dipendekkan daripada 30 hari kepada 10 hari dalam Fasal 9.

-Perkataan ‘dalam masa’ (within) diubah kepada `daripada’ (from) iaitu `dalam masa 10 hari’ kepada ‘daripada 10 hari’ yang bermaksud notis perlu dikemukakan 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, dalam Fasal 9.

-Tempoh untuk polis memaklumkan pihak berkepentingan dipinda daripada 48 jam kepada 24 jam dalam Fasal 12(1).

-Tempoh mengemukakan bantahan pihak berkepentingan dikurangkan daripada lima hari kepada dua hari dalam Fasal 12(2).

-Tempoh rayuan penganjur kepada Menteri Dalam Negeri dikurangkan daripada empat hari kepada dua hari dalam Fasal 16(1).

-Tempoh Menteri Dalam Negeri membuat keputusan terhadap rayuan, dipinda daripada enam hari kepada dua hari daripada tarikh penerimaan rayuan terbabit dalam Fasal 16(2).

Sumber BH Online.

Check Also

keputusan Piala Malaysia suku akhir kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua. Debaran pasti dirasai oleh lapan pasukan yang terbabit …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *