Breaking News
Home » Info Sukan » Raja Yakin , Anda Macam Mana ?

Raja Yakin , Anda Macam Mana ?

As salam.. Apa yang hangat sekarang eh? Politik ? arghh cakap pasal politik sampai bila pun tak habis..biasanya menang jadi arang kalah jadi abu. Tapi kalau bab sukan , ermm apa lagi Piala AFF Suzuki lah yang paling hot meletup sekarang. Apa lagi menjelang pertemuan separuh akhir pertama Malaysia vs Thailand di Stadium Bukit Jalil esok 9 Disember 2012.

Nampaknya jurulatih Malaysia Datuk Rajagobal telah menyuarakan kenyakinan beliau yang anak didiknya mampu mengatasi Thailand esok. Apa lagi bila bermain digelanggang sendiri. 

Saya percaya anak buah saya mampu mencapai keputusan baik pada perlawanan esok dan saya amat berharap mereka akan mempamerkan permainan baik apabila berdepan dengan Thailand,” – Datuk K. Rajagobal.

Mengikut rekod Malaysia belum pernah menang ketika menentang Thailand dalam Piala AFF Suzuki ini semenjak 2004. Namun itu hanya sekadar rekod lama. Apa yang penting persembahan di atas padang. Kalau orang kata Thailand kuat , Malaysia pun kuat jugakan. Setiap pasukan ada kelebihan tersendiri. Semoga pasukan kita mampu menunjukkan permainan berkualiti dan menang selesa sebelum perlawanan kedua di Bangkok nanti.

Anda macam mana ?? Mampukah Malaysia mengatasi Thailand nanti.. Walau apa pun keputusan nanti.. menang kalah , aku tetap bersama Harimau Malaya..

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

One comment

  1. tak boleh nak komen lebih sbb tak berapa ikut sangat sukan n politik ni.=__=’

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *