Menu Tutup

Raja Lawak Raja Lalok Kena Tahan

Raja Lawak ditahan kerana disyaki menjadi raja lalok..erk..macam mana leh bertukar lak.Mengikut laporan sebuah akhbar,seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan Tuaran..ermm jadi kepada semua jangan suka merayau nanti kena tahan lak..haha.

Artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran kira-kira jam 10 malam.Ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah..Pelawak terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sisipan Bawah : Benda belum pasti bersalah..jadi kita jangan buat andaian siapa orangnya..biar pihak yang berwajib buat kerja mereka.Apa yang pasti ingat pesan ini..awas najis dadah..najis tu beb..kalau dah najis jangan le guna..huhu.

18 Comments

  1. uncle hyree

    uncle terlalok sampai tertekan 6 benda disini hahahah … apa-apa pun belum dibutikan bersalah di mahkamah ..kita tak perlu tergesa-gesa nak hukum … tapi tu lah..kenapa artis paling dekat dengan dadah? kalau nak release tensen pun byk benda lain boleh buat..orang dah banyak duit..pergilah melancong takkpun kawin banyak2 habis citer hahaha

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *