Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Rahsia Bulan Kelahiran

Rahsia Bulan Kelahiran

Rahsia Bulan Kelahiran. Bilakah anda lahir ? adakah benar setiap bulan kelahiran itu mempunyai keistimewaan atau ada kelebihannya pada kita. Mungkin perkara ini jika benar pun secara kebetulan namun boleh juga dijadikan rujukan untuk memperbaiki diri. Namun janganlah percaya 100% sehingga berserah terus pada apa yang akan dikongsikan dibawah. Diri anda , anda yang tentukan.

Menurut beberapa kajian, setiap bulan kelahiran mempunyai rahsianya tersendiri. Rahsia kelahiran bulan januari , Februari, Mac dan sampailah Disember. Dibawah dikongsikan beberapa rahsia bulan kelahiran yang dipetik dari beberapa artikel yang diperolehi dari laman-laman web motivasi dan laman pakar-pakar motivasi. Benar atau tidak anda yang tentukan.

Apakah sebenarnya sifat anda berdasarkan bulan lahir? Jom terjah satu-satu….

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif ,berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain pendiam kecuali telah dirangsang
daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pada kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
sifat cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
pemalu dan pemendam rasa
baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sensitif pada perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik

APRIL
aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
menarik dan pandai manjakan diri
daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
diplomatik dalam berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada

MEI
kekerasan hati
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yang tinggi
permikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai yang lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih dan mahukan yg terbaik
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan dan pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali dirangsang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dengan semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka menilai orang lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin dan dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan dan silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit

SEPTEMBER
sangat bersopan santun dan bertolak ansur
sangat cermat,teliti dan teratur
suka menegur kesilapan org lain dan mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin dan terperinci,amanah,setia dan jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
orang yg banyak berfikir
suka sukan,hiburan dan melancong
kurang menunjukkan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik

OKTOBER
suka sembang
suka orang yang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan dan pandai bercakap
daya firasat yg sangat kuat
suka melancong,bidang sastera dan seni
pengasih ,penyayang dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam berbagai perkara
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sangat halus dan tinggi
bagus untuk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati apabila hendak
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari orang lain
otak yang sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak

Begitulah sebahagian dari rahsia bulan kelahiran yang dapat dikongsikan menurut sumber dr Fadzilah Kamsah. Sekadar untuk rujukan. Semoga memberi manfaat dalam kita memperbaiki diri.

rahsia bulan kelahiran
rahsia bulan kelahiran

sumber perkongsian dari berbagai sumber

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *