Breaking News
Home » Info Hiburan » Qu Putih Bintang Bersama Bintang

Qu Putih Bintang Bersama Bintang

Qu Putih Bintang Bersama Bintang. Masih ingat program rialiti Tv Bintang Mencari Bintang? Kini enam peserta dari rancangan itu bakal digabungkan dalam satu rancangan iaitu Qu Putih Bintang Bersama Bintang yang akan bersiaran di Tv3 bermula 11 April 2015 jam 9.00 malam setiap ahad.

Qu Putih Bintang Bersama Bintang QPBBB adalah program istimewa bagi mengimbau kembali rancangan Bintang Mencari Bintang yang telah pun bersiaran selama dua musim dan boleh dianggap sebagai pemanas badan sebelum musim ketiga berlangsung hujung tahun ini.

Enam peserta yang terlibat diambil dari dua musim BMB terdahulu dengan tiga dari setiap musim. Program QPBBB itu akan menemui penonton secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula Ahad ini, pukul 9 malam. Dua elemen utama yang akan diterapkan adalah persembahan lawak dan nyanyian.

Qu Putih Bintang Bersama Bintang QPBBB
Qu Putih Bintang Bersama Bintang QPBBB

Senarai Perserta Qu Putih Bintang Bersama Bintang
– Achey (juara BMB)
– Abam dan Fad (Bocik)
– Ammar dan Issey (Titan)
– Izzu dan Pian (Kepoh – juara BMB 2 )
– Ariff dan Kamal (Sumbu)
– Chiwan dan Achik (Chilok)

QPBBB ini bakal bersiaran selama 10 minggu tanpa sebarang penyingkiran dengan juara setiap minggu akan menerima RM10 ribu dan pemenang utama bernilai RM50 ribu.

AG dan Yana Samsudin akan menggalas tugas sebagai hos QPBBB dan Fizie (Hot FM) pengacara disebalik tabir. Sebanyak 50 peratus markah akan diberikan oleh juri profesional manakala selebihnya dibuat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Jangan lupa saksikan Qu Putih Bintang Bersama Bintang setiap Ahad jam 9 malam di Tv3.

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *