Breaking News
Home » Berita » Qu Puteh Whitening Mengandungi Merkuri Berbahaya

Qu Puteh Whitening Mengandungi Merkuri Berbahaya

Qu Puteh Whitening Mengandungi Merkuri Berbahaya. Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd menarik balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara waktu berkuat kuasa dari 22 Januari 2016.

Penarikan produk dua produk ini dari pasaran berikutan kenyataan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam kosmetik. Kementerian Kesihatan Brunei pula dilaporkan mengharamkan tiga produk Qu Puteh kerana didakwa mengandungi bahan berbahaya.

Menurut Dato Seri Vida, pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian tidak pernah berlaku. Hanya dua produk itu sahaja yang ditarik keluar dari pasaran kerana produk lain seperti Pamoga Qu Puteh dan Milenia masih dijual dan diyakini tidak mempunyai masalah.

Dalam pada itu, Dato Seri Vida memberi jaminan produk lain tidak ada masalah dan berharap pengguna tidak panik serta diharap tidak hilang keyakinan keatas produknya keluaran syarikatnya.

Kenyataan akhbar KMM tentang produk Qu Puteh

Tindakan Dato Seri Vida mengeluarkan produk Qu Puteh Whitening dari pasaran adalah bijak untuk kepentingan pengguna.

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *