Breaking News
Home » Info Sukan » Qu Puteh Taja Kelantan TRW

Qu Puteh Taja Kelantan TRW

Nampaknya proses Qu Puteh Taja Kelantan TRW semakin pasti apabila kedua pihak mencapai persetujuan dalam satu perjumpaan yang diadakan hari ini. Menurut satu laporan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan usahawan kosmetik terkenal, Dr Vida mencapai kata sepakat dalam rundingan penajaan pasukan bola sepak Kelantan bagi musim 2016.

KAFA bersetuju dengan dua syarat awal dan penambahan 33 lagi syarat lain yang ditetapkan Dato Seri Vida. Persetujuan berkenaan dicapai dalam mesyuarat antara pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dengan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu Dato Seri Vida juga akan dilantik sebagai Penasihat Kehormat KAFA bagi memudahkan urusan pemasaran skuad TRW. Majlis memeterai perjanjian penajaan berkenaan akan diadakan secara rasmi pada 15 Januari 2016.

Sah Stadium Sultan Muhammad IV akan dicat warna merah jambu manakala nama pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Qu Puteh Taja The Red Warrior
Qu Puteh Taja The Red Warrior – gambar BH Online

Check Also

Keputusan ASK 2017

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3. Hari ini berlangsung malam kemuncak ASK 2017. Malam yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *