Breaking News
Home » Info Hiburan » Puteri Balqis Pelakon Wanita Terbaik Asia

Puteri Balqis Pelakon Wanita Terbaik Asia

Puteri Balqis Pelakon Wanita Terbaik Asia. Pelakon kanak-kanak yang semakin menyerlah dalam industri hiburan Malaysia , Puteri Balqis Azizi menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura.

Kemenangan Puteri Balqis itu menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul Balqis yang disiarkan di TV3.

Selain Puteri Balqis, turut tercalon dalam kategori tersebut adalah Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan).

puteri balqis pelakon terbaik asia
Puteri Balqis

BIODATA PUTERI BALQIS

Puteri Balqis (lahir April 12, 2007) merupakan seorang pelakon dan model komersial kanak-kanak dari Malaysia. Antara drama lakonannya ialah Gemilang, Bicara Hati, Pelarian dan Aduh Sayang. Melalui drama Pelarian, Aqish telah dicalonkan di “Anugerah Skrin 2012” dalam kategori Anugerah Artis Harapan Pantene dan Aqish telah memenangi anugerah tersebut. Drama Festival Balqis merupakan satu penghormatan buat beliau apabila hampir keseluruhan drama tersebut telah diadaptasi Dari kisah hidup beliau sendiri.

Puteri Balqis mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014.

UPDATE : Saksikan Puteri Balqis bermula 18/11/2015 dalam drama Akulah Balqis Slot Aksia TV3.

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *