Home » Uncategorized » Pure Creamery Butter-Golden Churn | JAKIM Sahkan Tidak Halal

Pure Creamery Butter-Golden Churn | JAKIM Sahkan Tidak Halal

15 Ogos 2011-Dah sah Pure Creamery Butter-Golden Churn tidak hahal.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hari ini mengesahkan bahawa Pure Creamery Butter-Golden Churn tidak halal.Keputusan itu dibuat selepas mendapati produk Pure Creamery Butter-Golden Churn datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk Pure Creamery Butter-Golden Churn.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mengisytiharkan produk Pure Creamery Butter-Golden Churn yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
Sumber Berita Harian

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

5 comments

  1. patut la sedap kek lapis tu. hehehh 😛

  2. pas ni tk makan dah…merundum trus la kek lapis..mkn kuih lapis je la..

  3. Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

    adohai.. makin banyak makanan yang diampur dengan bahan yang haram kn…

  4. er..rupenye sedap pulak “babi” ni yer..hahahhahaha…..

  5. harap dengan pengesahan ini kita tak terkeliru lagi…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *