Breaking News
Home » Kesihatan » Punca Keputihan Pada Wanita

Punca Keputihan Pada Wanita

Punca Keputihan Pada Wanita. Apakah itu penyakit keputihan? Mungkin ramai wanita yang mengalami masalah ini. Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia.

Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid.

Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.

keputihan pada faraj atau vagina wanita
keputihan pada faraj atau vagina wanita

SEBAB BERLAKU KEPUTIHAN
Ada banyak sebab dan punca yang membuatkan seseorang itu mempunyai masalah dengan keputihan pada faraj. Keputihan sering terjadi di sebabkan oleh sesuatu yang mengganggu keseimbangan semulajadi daripada bakteria atau kulat pada vagina seperti mencuci bahagian dalam vagina atau kesan daripada hubungan seksual.

PENYAKIT KOTOR :  infeksi kulat yang menyebabkan cecair
BAKTERIA VAGINOSIS  : Infeksi bakteria pada vagina
TRIKOMONIASIS :  Infeksi menular seksual (IMS) ada sejenis parasit yang menyebabkan gatal dan panas.
GONORE  atau CHLAMYDIA :  IMS di sebabkan oleh bakteria
HERPES GENITAL  :  IMS yang disebabkan oleh virus herpes simplex

Apakah tanda-tanda keputihan yang Abnormal
-Cairan mengandungi nanah, kental putih sampai kehijauan.
-Bau tidak enak seperti bau busuk
-keluar cecair yang terlalu banyak
-Bengkak, gatal dan rasa ngilu di bahagian bawah perut
-Pengeluaran darah di luar waktu mensturasi

Jenis-Jenis Keputihan
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.

Perbezaan Keputihan Fisiologis dan Patologis

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk Lendir yang cair dan tidak melekat Lendir yang kental dan melekat
Warna Berwarna putih atau krim Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
Bau Tiada bau Berbau busuk
Jumlah yang dikeluarkan Sedikit Banyak
Kekerapan Semasa subur dan sebelum haid Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lain Tidak gatal Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
Rawatan Tidak perlu Perlu rawatan yang segera

Sekarang anda telah mengetahui punca , tanda dan jenis keputihan. Jika perlu pastikan anda mendapatkan rawatan segera. Mencegah lebih baik dari merawat sebenarnya.

sumber myhealth.gov.my & majalah remaja

Check Also

Virus Ebola EVD

Virus Ebola EVD Cara Berjangkit dan Simptom -Menurut laporan WHO, 60 hingga 90 peratus individu …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *