Breaking News
Home » Info Hiburan » Punca Ilya Tarik Diri Dari Sepahtu Dan MLM

Punca Ilya Tarik Diri Dari Sepahtu Dan MLM

Punca Ilya Tarik Diri Dari Sepahtu Dan MLM 2014. Tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea sehingga menjejaskan prestasi kumpulan tersebut antara punca dan sebab mengapa pelawak Ilya menarik diri dari kumpulan Sepahtu.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ilya apabila diminta mengulas mengenai penarikan dirinya daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 yang diumumkan secara rasmi pada 19 Disember lalu.

“Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014. Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,” – Ilya

punca Ilya tarik diri dari Sepahtu
Ilya ketika bersama Sepahtu

Ilya baharu sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisol di Pusat Perubatan Pantai di Ipoh Perak. Penyakit kencing manis yang dihidapinya itu menyebabkan dia tidak boleh mengambil gula secara berlebihan sehingga mengakibatkan dirinya lemah dan tidak bertenaga.

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *