Breaking News
Home » Uncategorized » Puisi : Guru Oh Guru

Puisi : Guru Oh Guru

16 Mei adalah hari guru..Selamat hari guru buat semua pendidik bangsa..jasamu akan di kenang sampai bila bila..untuk itu aku hadiahkan puisi ini buat semua guru2 yang selama ini banyak menyumbang kepada pembangunan insan di bumi bertuah ini.Puisi hasil karya Dato1 Usman Awang..

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

4 comments

  1. selamat hari guru buat semua guru

  2. rakan2 blogger yg jadi cikgu…Selamat Hari Guru diucapkan. Semoga terus gigih mendidik seikhlas hati…. 🙂

  3. time ni la rasa nk jd cikgu gak..
    hehehe..

    slmt hari guru..
    cikgu insan terbaik!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *