Home » Berita » Proton Honda Toyota Turun Harga Selepas GST

Proton Honda Toyota Turun Harga Selepas GST

Proton Honda Toyota Turun Harga Selepas GST. Tiga pengeluar kereta iaitu Proton , Honda dan BMW telah pun mengumumkan pengurangan harga kereta keluaran mereka selepas GST. Tiga pengeluar kenderaan itu mengumumkan pengurangan harga antara RM500 hingga RM4,000 bagi model kereta masing-masing susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 April 2015.

Proton Holdings Bhd (PROTON) akan mengurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.

Honda Malaysia Sdn Bhd pula mengurangkan antara RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V. UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan sehingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.

Harga Kereta Selepas GST

sumber BH Online

 

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *