Home » Pelancongan » Promosi Kraf Malaysia 2015

Promosi Kraf Malaysia 2015

Bermula hari ini 21 April sehingga 26 April 2015 akan berlangsung Promosi Kraf Malaysia 2015 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Berbagai pameran dan acara menarik menanti anda.

Berbagai produk kraf ukiran kayu, perabot, perhiasan diri dari logam perak, batik, rotan, produk hasil rimba, cenderamata dan hiasan rumah akan dipamerkan melibatkan 58 syarikat pengeluar kraf dari Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Perak, Melaka, Perlis, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

Demonstrasi kraf turut diadakan seperti ukiran kayu (arca) dan  Tenun Pahang DiRaja. Aktiviti-aktiviti sampingan Interaktif Kraf dan Edukraf mewarna batik, anyaman rotan dan tenunan tapestry turut diadakan. Turut diadakan persembahan buskers dari kumpulan buskers sekitar Kuantan.

Promosi Kraf Malaysia 2015
Jom Ke Promosi Kraf Malaysia 2015

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2015 seperti ketetapan berikut

Tarikh     :    21-26 April 2015

Masa       :    10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat   :     Ruang Legar Utama, Pusat Membeli-belah East Coast Mall, Kuantan

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *