Home » Berita » Program Suntikan Vaksin HPV Percuma Cegah Barah Pangkal Rahim

Program Suntikan Vaksin HPV Percuma Cegah Barah Pangkal Rahim

Program Suntikan Vaksin HPV Percuma Cegah Barah Pangkal Rahim ( Kanser Serviks ) – Program suntikan percuma Vaksin HPV bermula hari ini 16 Julai 2012. Sasaran program suntikan vaksin HPV ini adalah kepada wanita berumur 18 tahun. Program ini akan akan dibuat dua fasa dengan fasa pertama akan bermula di Kuala Lumpur , Putrajaya , Selangor , Melaka dan Negeri Sembilan. Fasa kedua pula akan melibatkan negeri lain di Malaysia. 

Program Suntikan Vaksin HPV adalah bertujuan mencegah masalah kanser Serviks atau barah pangkal rahim dikalangan wanita. HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebar menerusi hubungan seks. Semua wanita berumur 18 tahun digalakkan untuk mendapatkan suntikan percuma ini yang ditawarkan di 58 Klinik Nursejahtera serta Klinik-klinik kesihatan di semua institusi pengajian tinggi awam. 

Jadi yang dah berumur 18 tahun tu bolehlah mendapatkan suntikan vaksin HPV ini. Mencegah lebih baik dari berubat..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

One comment

  1. poe suntik copek sobolum anda disuntik kan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *