Home » Agama » Program Ibadah Qurban Dan Aqiqah

Program Ibadah Qurban Dan Aqiqah

Program Ibadah Qurban Dan Aqiqah 1435H 2014 , fadhilat qurban dan akikah , Qurban dan Akikah Di Kemboja , Pakej Qurban dan Aqiqah Murah – Setiap tibanya 10 zulhijjah kita bakal menyambut hari raya qurban atau biasanya dipanggil hari raya haji oleh orang melayu di Malaysia. Tibanya tarikh ini memberi sekali lagi peluang kita untuk membuat ibadah korban. Adakah anda mencari-cari satu sumber yang boleh memudahkan urusan korban atau qurban dan Akikah anda. Mencari pakej qurban yang murah? Atau anda ada hasrat untuk membantu saudara seagama diluar negara yang susah seperti di Kemboja. Jika ada yang ingin membuat ibadah Aqiqah juga patut teruskan membaca, semoga ada jalan penyelesaiannya.
Sebelum itu apakah itu Qurban
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat ‘Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
 
Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”    (surah al-Haj:36)
 
Hukum Melakukan Ibadah Korban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban

BAGAIMANA ANDA BOLEH MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Pihak EQURBAN RESOURCES SDN. BHD menyediakan khidmat qurban yang murah dan berpatutan buat anda. Menjelang Aidiladha ini , satu program qurban di Kemboja bakal diadakan. Tempahan untuk penyertaan masih dibuka sehingga 30 September 2014.

Ada beberapa pakej korban di Kemboja yang anda boleh pilih iaitu  
Lembu Bahagian (RM280 /bahagian)  
Lembu Seekor (RM1960 seekor )
Kambing Kemboja (RM550 seekor) 
Kambing Indonesia (RM550 seekor)
Kambing Mekah (RM400 seekor)

Kenapa Perlu Bersama Program Qurban  EQURBAN RESOURCES SDN. BHD 
– Mudah Dan Cepat , semua  urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan secara online
– Sijil Pengesahan , pihak Equrban menyediakan sijil pengesahan dengan setiap tempahan yang dibuat

Anda juga boleh membuat tempahan ibadah Aqiqah melalui program ini.

Pengertian Aqiqah Menurut Syara`:
Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Antara pengertian lain;
Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

ANDA BERMINAT UNTUK BERSAMA DALAM PROGRAM QURBAN ATAU MEMBUAT IBADAH AQIQAH BOLEH MERUJUK DAN MEMBUAT TEMPAHAN MELALUI PAUTAN DIBAWAH:

INFOMASI DAN TEMPAHAN QURBAN DAN AQIQAH

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *