Home » Info Hiburan » Program Gegar Vaganza Astro Ria

Program Gegar Vaganza Astro Ria

Program Gegar Vaganza Astro Ria bakal mengangkat kembali nama artis-artis senior yang pernah menjadi sebutan suatu masa dulu. Rancangan rialiti TV yang bakal menghimpunkan seramai 12 orang artis lama akan memulakan siaran bermula 16 November 2014.

Program Gegar Vaganza akan bersiaran setiap Ahad jam 9.00 malam melalui saluran Astro Ria 104 dan Maya HD 135.

Berikut adalah senarai artis yang akan terlibat dalam Gegar Vaganza ini. Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Program ini bakal diadili oleh juri profesional Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selain tiga juri jemputan iaitu Mamat Khalid, Salih Yaacob dan Nash (Lefthanded).
Juara Program Gegar Vaganza Astro Ria akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan naib  juara akan menerima RM30,000. Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak  RM15,000 dan RM5,000. Rancangan ini akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
gegar vaganza astro ria
gambar artis gegar vaganza

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *