Breaking News
Home » Info Sukan » Preview Mexico vs Cameroon Piala Dunia 2014

Preview Mexico vs Cameroon Piala Dunia 2014

Preview Mexico vs Cameroon Piala Dunia 2014 – Perlawanan kedua dalam kumpulan A dan juga merupakan perlawanan kedua kejohanan Piala Dunia di Brazil. Mexico vs Cameroon. Diatas kertas kedua-dua pasukan bukanlah pasukan pilihan untuk melepasi peringkat kumpulan.
Dari catatan peringkat pusingan kelayakan, Mexico hanya layak ke pusingan akhir setalah melalui perlawanan playoff menentang New Zealand. Sebelum itu dalam saingan kelayakan benua, mereka layak hanya setelah USA berjaya menewaskan pesaing terdekat Panama untuk melayakkan mereka bermain dalam perlawanan playoff. Cameroon pula boleh dikira bernasib baik layak ke Piala Dunia 2014 hasil dari pendahulu kehilangan mata pasukan Togo atas faktor teknikal.
Kedua-dua pasukan Mexico dan Cameroon harus menang untuk memberi tekanan kepada pasukan Croatia yang dianggap sebagai pasukan pilihan kedua dalam kumpulan untuk mengiringi Brazil yang dikira pasukan pilihan dan mudah untuk melepasi saingan kumpulan.
Perlawanan bermula jam 12 malam waktu Malaysia 14 June 2014.

SENARAI PEMAIN YANG AKAN DITURUNKAN

MEXICO LINE-UP
 CAMEROON LINE-UP

fifa.com

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *