Home » Info Sukan » Preview Man Utd vs Norwich 26 April 2014

Preview Man Utd vs Norwich 26 April 2014

Preview Man Utd vs Norwich 26 April 2014 | EPL – Apakah yang menarik berkaitan pertemuan Manchester United vs Norwich ini. Tiada apa yang mampu dilakukan Man Utd dalam merubah kedudukan EPL mereka. Namun apa yang menjadi bualan peminat bolasepak adalah mengenai Ryan Giggs selaku pengurus sementara Manchester United setelah David Moyes dipecat. Ini merupakan perlawanan pertamanya sebagai pengurus dalam saingan Liga Perdana Inggeris EPL. 

Bercakap tentang Ryan Giggs , beliau telah membuat 962 penampilan dan memenangi 23 trofi utama pada kerjaya 24 tahun bersama Man Utd. Ryan Giggs sememangnya tidak mampu untuk mengubah kedudukan buruk Manchester United sekarang namun peminat mereka menanti akan kemampuan legenda ini membuktikan kata-katanya dalam empat perlawanan terakhir liga. Ryan Giggs berjanji akan membawa kembali corak permainan sebenar Man Utd. Tugas Ryan Giggs bukan mudah untuk memberi kembali keyakinan kepada peminat Man Utd diseluruh dunia bahawa kelab itu mampu berubah dan kembali bermain seperti Man Utd yang sebenar. 

Bagi Norwich City pula , mereka belum mencapai sebarang kemenangan sejak diambil alih oleh pengurus baru Neils Adams setelah pemecatan Chris Hughton. Mereka kini berada dalam senarai yang bakal tersingkir dari liga perdana inggeris walaupun mempunyai baki empat perlawanan termasuk pertemuan menentang Man Utd hari ini. Selepas ini lawan mereka lebih sukar kerana Chelsea dan Arsenal menanti mereka.

Barisan Kemungkinan Man Utd vs Norwich
Man Utd : De Gea; Smalling, Jones, Evans, Buttner; Carrick, Fletcher; Welbeck, Mata, Valencia; Rooney
Norwich : Ruddy; Whittaker, Martin, Turner, Olsson; Redmond, Johnson, Howson, Fer, Snodgrass; Hooper

Saksikan perlawanan ini secara live streaming DISINI .

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *