Breaking News
Home » Info Sukan » Preview JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014

Preview JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014

Preview JDT vs Pahang Final Oppo Piala Malaysia 2014, Perlawanan Akhir Pertembungan Dua Juara. Saat pertembungan dua pasukan terbaik bolasepak Malaysia semakin hampir. Ibarat pertemuan buku dengan ruas yang pasti menjanjikan aksi menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pahang selaku juara Piala FA manakala JDT juara Liga Super bakal menyajikan aksi dua juara di pentas final Piala Malaysia pula.
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang
PIALA MALAYSIA 2014

Pahang yang menjadi juara Piala FA 2014 apabila menewaskan Felda United dalam perlawanan akhir menjadi pilihan ramai jurulatih bolasepak pasukan Liga Malaysia. Diatas kertas Pahang dilihat memiliki kelebihan dan seimbang dari semua posisi. Kekuatan barisan pertahanan dan ketajaman dua penyerang import mereka iaitu Dickson Nwakaeme dan Matias Conti pasti memberi tugas sukar buat barisan pertahanan JDT yang turut kehilangan pemain pertahanan kental Aidil Zafuan akibat kad kuning kedua dalam perlawanan separuh akhir ketika bertemu Felda United di Larkin. 

Pahang Tok Gajah Final Piala Malaysia 2014
Mampukah Pahang mempertahankan Piala Malaysia

JDT pula dilihat mampu memberi cabaran jika barisan tengah mereka mampu menguasi permainan. Ini kerana barisan pengempur mereka seperti Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa mampu membolosi barisan pertahanan Pahang jika mendapat umpanan yang baik dari barisan tengah. Andai diturunkan, Shakir Shaari dan Safiq Rahim antara perancang terbaik yang dimiliki JDT, mampu mengubah rentak permainan andai mereka berada ditahap permainan sebenar.

Rekod pertemuan JDT dan Pahang sepanjang aksi liga Malaysia 2014 , menunjukkan keputusan menyebelahi Pahang dengan dua kemenangan dan dua lagi perlawanan berkesudahan dengan seri. Lihat rekod pertemuan Pahang vs JDT disini. Namun itu adalah rekod lama, namun prestasi semasa dan aksi final malam ini bakal menentukan siapakan yang akan menjulang Piala Malaysia 2014.
JDT Harimau Selatan
JDT Harimau Selatan

REKOD JARINGAN DAN BOLOS PIALA MALAYSIA 2014

Luciano Figueroa
Luciano bakal robek benteng Pahang

Nampaknya tidak banyak beza dari segi kemampuan barisan serangan Pahang dan JDT dalam menghasilkan gol iaitu Pahang 22 dan JDT 21 gol. Namun  penyerang JDT Luciano Figueroa nampak lebih tajam sepanjang saingan Piala Malaysia dengan 8 gol. Luciano bakal menjadi pemain yang akan menjadi tumpuan barisan pertahanan Pahang dalam aksi akhir nanti. Begitu juga dengan Pahang, siapa tidak kenal dengan kehebatan dua pemain import mereka dengan enam gol setiap seorang iaitu Matias Conti dan Dickson Nwakaeme. Dua pemain yang dijangka menjadi duri dalam daging kepada pasukan JDT.

Sepanjang saingan Piala Malaysia , JDT bolos 7 gol manakala Pahang bolos 12 gol. Namun jika dilihat dari aksi terakhir ketika separuh akhir, kemampuan pemain pertahanan nampaknya menjadi milik JDT namun keampuhan benteng ini bakal diuji oleh dua awang import Pahang malam ini.
Matias Conti
Matias Conti Penyerang utama Pahang

Pasukan manakah yang mampu menjualang Piala Malaysia 2014. Segalanya akan terjawab di Stadium Nasional Bukit Jalil 1 November 2014. Perlawanan antara dua juara dalam menjadi siapa yang terbaik di Malaysia. 

Berikut saya senaraikan barisan kemungkinan yang akan beraksi dalam perlawanan akhir Oppo Piala Malaysia 2014.
JDT JOHOR DARUL TAKZIM
Penjaga Gol – Muhamad Al-Hafiz Hamzah  
Pertahanan – Jasazrin , Marcos Antonio , Fadhli Shas , Asraruddin 
Tengah – Mahali Jasuli , Shakir Shaari , Safiq Rahim , Amri Yahyah
Penyerang – Jorge Pereyra Diaz , Luciano Figueroa 
PAHANG 
Penjaga Gol – Khairul  Azhan 
Pertahanan – Saiful Nizam , Razman Roslan , Damion Stewart , Shahrizan Salleh 
Tengah – Azamuddin Akil , Azidan Sarudin , Faizol Hussien , R Gopinathan 
Penyerang – Matias Conti , Dickson Nwakaeme

Walau dimana pun anda , walau negeri apa pun anda, pastikan janji temu kita malam ini di stadium dan juga secara langsung di TV1 dan Astro Arena 801. 

Check Also

Siaran langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017. Sainga TM Piala Malaysia kembali lagi dengan lapan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *